Jumaat, 28 Oktober 2011

Bersedia?

First post...new blogger...can i do this? insya-Allah...

Sedang updating status kawan-kawan di facebook...ada jemputan majlis perkahwinan. wah! senyap-senyap seorang demi seorang kawan-kawan sekuliahku mula bertukar status dari bercinta, bertunang seterusnya melangkah ke alam perkahwinan sekaligus menamatkan zaman bujang. Tahniah! Cik aimi tumpang gembira buat kalian(senyum lebar)... Doa kalian tetap dalam bahagia dan dijauhi perkara-perkara yang tidak menyenangkan...

Selain daripada jemputan perkahwinan itu, beberapa 'notes' artikel tentang perkahwinan diawal usia, tips bajet untuk majlis perkahwinan dan beberapa artikel yang hampir sama kata kuncinya(kahwin)dikongsi oleh sahabat-sahabat dalam facebook. Nampaknya, masing-masing sudah tidak sabar melangkah ke alam baru.

He.Tak dinafikan...Aku juga pasti seronok berbicara tentang perkahwinan. Bahkan setiap kali kepulanganku ke kampung halaman, pastinya soalan dan usikan cepumas, 'bila nak kahwin?', 'jangan tunggu lama-lama' menyapa telingaku. Sengih sahajalah menjadi hadiah buat mereka. Tak cukup dengan itu, kakak-kakakku sudah berangan-angan merangka pelamin, warna tema majlisku, ditambah pula dengan pesanan azimat dek ayahanda,'kerja, simpan duit tu, 2 tahun lagi abah nak berkenduri besar...'. Supportive betul kaum keluargaku ini ye? Jangankan idea-idea untuk majlis tahun aku kahwin pun sudah dirancang. Kelas kau Maria!

Sudah! Cukuplah seminit cuma berangan yang indah-indah itu. Adakah mampu aku menggalas tanggungjawab dan komitmen baru yang akan wujud selepas itu? Bersedia atau tidak?Hmm...kalau ikut pada kata-kata yang aku selalu pegang, 'seseorang takkan bersedia selagi dia tidak menghadapinya', dengan mudah aku akan melangkah setapak ke hadapan. Sebab bersedia atau tidak, aku akan menghadapi jua nanti,jika bukan hari ini, esok, dan seterusnya maka kenapa harus bertangguh bukan? Lagipun, banyak kebaikannya.Hidup boleh jadi lebih teratur(berbeza dari zaman bujang, dah ada orang yang perlu diuruskan), kurangkan fitnah, dan banyak lagi. Selain itu, ia sendiri disarankan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi). Dikuatkan lagi saranan ini, dengan Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32).

Walaubagaimanapun... aku masih belum mahu melangkah ke alam baru itu. Mengapa? Rasanya syarat-syarat untuk melayakkan diriku memegang title isteri belum dipenuhi lagi. Mesti pelik, aku kata sedar besarnya kelebihan perkahwinan, dan menerima hujah-hujah, dan fakta dengan positif. Kenapa tak nak cepat-cepatkan benda yang baik. Mulalah keluar fikiran, 'tak cukup duit kenduri ya?'(simple and saving thats me), 'takut tanggungjawab baru?'(kan da cakap selagi xlalui, kita takkan sedia), 'tak puas manja dengan mama lagi ke?'(air dicincang takkan putus), 'fikir belanja lepas kahwin ke?(rezeki tu sentiasa ada, beza sikit dengan banyak je)...Semua soalan diberi tu, aku tepis dengan gelengan, senyum dan jawab seperti dalam () tu. Dah tu syarat-syarat apa yang tak cukup lagi? Syarat-syarat atau soalan asas tentang rutin kita...yang paling dekat dengan kita...SIKAP kita...

Antara soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah aku solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah aku? Adakah aku panas baran atau penyabar? Adakah aku seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan asas dan spesifik yang boleh ditanya kepada diri kita sendiri. Layak atau tidak? Nilailah sendiri secara jujur. Erm...nak kata aku tak lengkap semua tu, tidaklah cuma aku rasa aku masih mahu beri peluang kepada diriku sendiri untuk perbaiki diri dan mantapkan diri dalam menuju ke arah sebuah mahligai yang kukuh. Hal ini kerana, orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia dalam apa sahaja yang dia lakukan...

Dalam mudah aku menulis, melontar cerita disini...aku tahu aku masih punya kelemahan, dan cerita ini dikongsi untuk menyuntik semangat dalam mindaku sendiri, diharap mendapat sokongan jua dari kawan-kawan yang sudi membelek blogku ini. Mungkin juga memberi inspirasi kepada readers semua...

Lots of love... Hati Tisu 2011