Khamis, 23 Februari 2012

Dedikasi Kerja.

Wah! tajuk entri, gerun jer. hihihi. sekarang kerja makin sibuk. tak de masa dah untuk berehat santai lagi. Seronok juga sebenarnya kan? tapi kadang aku rasa bosan juga. lebih suka untuk berasa release sekarang. Mungkin dengan semua yang aku lalui beberapa bulan ni kot. TEKANAN. nak pergi bersembunyi kat tempat 'itu'. Namun apakan daya masih belum mampu nak pergi sendiri. Adoi3...cepat lah start bisnes.cepatlah boleh beli kereta.cepatlah aku boleh LARI.yeah... so itulah point dia.semangat dedikasi untuk bekerja dah hilang.maka...bubye u all.

Selasa, 14 Februari 2012

kembali di ganggu en T...aku jadi keliru.huh...kadang-kadang aku rasa penat memikirkan lelaki.tiba-tiba rasa macam diorang virus yang harus dijauhi. hmmm...bukan dengan kemahuanku. tetapi dengan environment yang aku ada sekarang.mungkin.
kasihan juga kakakku itu. aduan mama. walaupun kakak nampak tenang, tapi dihati dia sayu namun masih kuat demi baby. anak sememangnya pengubat duka ibu, anak kekuatan ibu, janganlah baby lukakan hati mummy ye...
dulu sebelum mereka kahwin bolehlah aku pelurukan kata-kata peringatan buat dia. sekarang sudah menjadi iparku. salah bicara ku risau mangsanya mereka.huh!
"sebab abah risaukan awak", jawapanku bila kakak tujukanku soalan, "kenapa masa orang kahwin abah buat solat hajat, masa cik na tak de pun?"
hu.abah dah tahukan.hanya lelaki kenal lelaki, namun kerana hormatkan pilihan kakak, abah izinkan. sebab abah tak boleh nak komen apa-apa. aku lagi tak berhak komen. sekarang, walaupun dia kakakku, namun dia tak sebebas dulu aku boleh cuci otaknya lagi kerana kakak milik dia...

Rabu, 25 Januari 2012

tazkirah di carefour.

ronda-ronda, jalan2...tak ada arah tujuan lepas makan tu.pergi carefour. berpusing disekitar kedai buku yang ada disitu.dua buah buku jadi sasaran.haha...nampaknya penyakit membacaku dah berjangkit pada dia.yeah! jumpa buku tentang mandi hadas, soalannya satu, dah sempurnakah belum? aku jawab, buat macam biasa la. dia terangguk-angguk. aku agak termalu. tapi teguran, pertanyaan halus, dan ambil berat nilah yang aku perlu dalam usaha ke arah perubahan yang lebih baik itu.

duduk2 di kerusi yang disediakan, dia membelek buku-buku yang dia beli. terangguk-angguk sendiri bila fakta/ ilmu baru dia dapat. dan seketika bosan membelenggu kami, dia menutup buku dan mengadapku. bermula sedikit tazkirah ringkas. tentang hidup. tentang hari qiamat. tanda-tanda qiamat, fasa qiamat. tentang al-Quran semua. tentang imam semua. erm...aku diam.teliti mendengar. banyak perkara baru aku tahu. malu sendiri. cerita artis, tentang lagu, cepat je hafal.al-quran, tentang agama, tersenggih dan menggeleng tak tahu.kerdilnya aku ya Allah...

Khamis, 19 Januari 2012

Assalamualaikum...Lama cik Tisu menghilang ya? Hu. Sabah so fun! Cantik...Subhanallah...Kadang rasa tak nak balik. Tapi fikir-fikir, bosan jugak disitu saja. Tak ada cabaran, saingan (wah! berlagak gitu!). Cenderahati dari Sabah? Adalah sedikit, cuma cik Tisu belum buka lagi beg tu, belum bagi kat sapa-sapa lagi cenderahati ke apa. Hari tu kemas baju-baju sahaja. Belum mood nak buka segala harta cenderahati. Hehe... gambarnya, nanti-nanti cik Tisu bikin chapter setiap hari cik Tisu kat sana.

Hmm...cik Tisu sekarang pun makin sibuk jugak. Dapat 'mandat' baru lagi. Harap-harap cik Tisu dapat buat la. Mungkin tak lama duduk selesa dalam keadaan baru, pejam celik, tangan mereka semua melambai cik Tisu dah pulak tapi apa pun cubalah buat yang terbaik kan!

22/01/2012 --> Balik KB, insya-Allah
23/01/2012 --> Malam. Balik KL dah. (tak pelah demi emak tersayang ye)
28/01/2012 --> Pelancaran Q&A bersama Ust Azhar Idrus @ Ulu Kelang
29/01/2012 --> Seminar la (nak jadi PA, kena pergi 7 seminar, ini yang pertama. Hmm positif untuk bisnes cik Tisu jugak.)
2-5/02/2012 --> Konsert Muhammad Al-Ameem @ Taman Tamadun Islam, Terengganu.(Pelancaran Q&A peringkat negeri Terengganu)

Lain-lain, nanti cik Tisu share lagi...

Jumaat, 6 Januari 2012

Huhu...dalam melayan dilema yang menimpa-nimpa ni kan...dalam masalah yang pergi kemudian datang yang baru semua...adatlah tu...buat aku pressure jugak.tapi cuba la berdiri. Hint dari H yang akan mahu berkenalan rapat denganku, buat aku bingung jugak.hmm...serasi kami bekerja bersama. memang saling bertukar pendapat dan senda gurau. sweet! kata mereka yang lain...aku hanya tergelak, senyum. H sekadar menepis, atau terdiam bila disitu ada aku, namun dibelakang galak melayan soalan /bila mereka mengusik tentangku.

Serabut-serabut, tapi aku bermimpi pelik semalam. Seseorang memberiku cincin tanda. Jeng...jeng...jeng...siapa dia? macam mengarut. Hu. Kalau dengan T selamba la ni aku bercerita dengan dia, bergelak walaupun dia akan rasa pressure. Dengan Luke, ntah macam pelik je nak cerita. dengan H, memang takkan lah aku cerita. Sambung balik. dalam mimpi tu aku pakai cincin tu dan muka H yang tersenyum tau. Pelik! Kenapa? Aku pun tak tahu. Mungkin terbawa-bawa fikiran bila H macam mula step mengorat kot...Tak ada komen!

Sekian...

Ahad, 1 Januari 2012

New Year 2012

Assalamualaikum n hello everyone. it's already 2012... cik Tisu baru sampai dari Alor Setar. Penat!
Sambut dimana dan buat apa ya semalam? cik Tisu tepat jam 12 semalam tu tengah melayan customer kat gerai je. Lupa pun hari ni dah masuk tahun baru. Tak rasa apa yang istimewa, tapi pengalaman baru berada di stadium tu selama 2hari. Bosan, tapi terisi jugak masa dengan Qasidah yang dialunkan oleh anak-anak tahfiz yang turut serta program tersebut. Kagum tengok ramai umat Islam menyertai program macam tu. Macam-macam style ada yang datang, tapi sekurang-kurang hati mereka terbuka untuk turut serta program agama begini. Termalu sendiri, tak tahu ada banyak program begini diusahakan... Seronok! Ini pengalaman baru untuk cik Tisu.

Sedihnya tak banyak golongan muda belia yang datang, hanya ada remaja hafiz,hafizah sahajalah. Tapi alangkah indah sekali, tahun baru disambut seperti ini, bukannya terkinja-kinja didataran merdeka mendengar artis-artis menyanyi dan menayang badan je serta buat beberapa perkara lain yang tak berfaedah. Hu. Tetiba cik Tisu jadi ustazah pulak! No!No!No! cik Tisu sama saja macam dulu okay! cuma terkilan akhir-akhir ni banyak masalah sosial dikalangan remaja, 90-95% adalah melayu, Islam. Sedihlah. Pelapis untuk mentadbir negara seakan diserang wabak yang merosakkan...

Hiburan, bergelak tawa tu bukanlah haram, namun haruslah berpada-pada. cik Tisu pun layan jer lagu-lagu, melompat, jerit menyanyi tapi dalam bilik berseorangan sajalah. tak ada masalah bergembira, tapi bataskannya agar diri kita tidak lalai dan lupa pada Pencipta kerana kita harus ingat orang ketiga yang sentiasa menggoda umat manusia ke arah kesesatan, menyertai mereka terjun ke dalam neraka jahanam! Jadi fikir-fikirlah kita nak berada dimana nanti. Setting semula azam tahun baru kita.

**semalam tiba-tiba terdetik dihati cik Tisu, malu & berdosa masa lalu di bahagian lelaki dalam stadium tu sebab tak pakai stokin. terbayang-bayang muka mama+abah. Berapa bnyk dosa cik Tisu buat mereka kena tanggung. Erm. adakah ini petanda cik Tisu bakal masuk fasa baru lagi? Doakan cik Tisu ya...

** cik Tisu terkejut dan sedih juga, sebab seorang ni komplin baju yang dia beli terlalu besar dan labuh. malu dengan diri sendiri. cik Tisu anggap ni peringatan untuk cik Tisu, makin dewasa harus lebih sedar, bukan sebaliknya. cantik hanya seketika, mati itu pasti.

Khamis, 22 Disember 2011

Travel...travel...

Huhu...pagi semalam selepas bacaan doa.
Kak Sue tegur cik Tisu."Nanti pack baju pergi Kedah."
Cik Tisu terpinga-pinga "Saya terlibat jugakah? Pergi hari apa?"
"Hari Khamis."
"Ok."
Kejap cik Tisu fikir-fikir. Minggu ni balik kB. Isnin datang sini. Khamis pergi Kedah. Relaks je dulu. Setengah jam kemudian, k.Sue interkom suruh ke tempat dia.
"Ni jadual hari Selasa ni." -Tentatif Program Motivasi Kembali Ke Sekolah.
"Ok." Lepas beberapa minit duduk bincang. Aku kembali ke tempatku. Tulis jadualku.

23/12/11 --> Travel balik kB.
24/12/11 --> Rehat kat rumah je / pergi pasar tani (rindu)
25/12/11 --> Keluar dengan bestfriend (lagi-lagi rindu, mestilah nak jumpa)
26/12/11 --> Travel balik KL.
--> Jika sempat nak jumpa dengan En. Luke, nak pergi beli handphone baru la.
27/12/11 --> Program Motivasi Kembali Ke Sekolah @ Nur Laman Bestari. 6.30ptg habis program. So, mestilah dah malam balik.
28/12/11 --> Kerja seperti biasa.(alahai malas nak kerja punya.penat!)
29/12/11 --> Travel pergi Kedah. Pelancaran Q&A.
01/01/12 --> Dah balik KL kot. Lega.
02/01/12 --> Tidur sepuasnyalah!
08/01/12 --> Nak pergi program Dr. Azizan? (tak pasti lagi.hu.org tu sibuk ajak. fikir2)
10/01/12 --> Pergi Kota Kinabalu / Kundasang...
-15/01/12
16/01/12 --> Kerja!

Persoalan yang besar ialah adakah cik Tisu mampu cope semua plan ini? Risau cik Tisu. Tak ada lain dah fikir. Sebab pernah je dalam tahun ni, balik kB - keluar berchenta lepas tu balik pitam.

**Memikirkan jadual ni pun aku sempat pitam ok! Maybe nak jadi asebab je. Ya Allah kuatkan semangatku, kudratku supaya dapat menghabiskan kerja-kerjaku ini.