Ahad, 1 Januari 2012

New Year 2012

Assalamualaikum n hello everyone. it's already 2012... cik Tisu baru sampai dari Alor Setar. Penat!
Sambut dimana dan buat apa ya semalam? cik Tisu tepat jam 12 semalam tu tengah melayan customer kat gerai je. Lupa pun hari ni dah masuk tahun baru. Tak rasa apa yang istimewa, tapi pengalaman baru berada di stadium tu selama 2hari. Bosan, tapi terisi jugak masa dengan Qasidah yang dialunkan oleh anak-anak tahfiz yang turut serta program tersebut. Kagum tengok ramai umat Islam menyertai program macam tu. Macam-macam style ada yang datang, tapi sekurang-kurang hati mereka terbuka untuk turut serta program agama begini. Termalu sendiri, tak tahu ada banyak program begini diusahakan... Seronok! Ini pengalaman baru untuk cik Tisu.

Sedihnya tak banyak golongan muda belia yang datang, hanya ada remaja hafiz,hafizah sahajalah. Tapi alangkah indah sekali, tahun baru disambut seperti ini, bukannya terkinja-kinja didataran merdeka mendengar artis-artis menyanyi dan menayang badan je serta buat beberapa perkara lain yang tak berfaedah. Hu. Tetiba cik Tisu jadi ustazah pulak! No!No!No! cik Tisu sama saja macam dulu okay! cuma terkilan akhir-akhir ni banyak masalah sosial dikalangan remaja, 90-95% adalah melayu, Islam. Sedihlah. Pelapis untuk mentadbir negara seakan diserang wabak yang merosakkan...

Hiburan, bergelak tawa tu bukanlah haram, namun haruslah berpada-pada. cik Tisu pun layan jer lagu-lagu, melompat, jerit menyanyi tapi dalam bilik berseorangan sajalah. tak ada masalah bergembira, tapi bataskannya agar diri kita tidak lalai dan lupa pada Pencipta kerana kita harus ingat orang ketiga yang sentiasa menggoda umat manusia ke arah kesesatan, menyertai mereka terjun ke dalam neraka jahanam! Jadi fikir-fikirlah kita nak berada dimana nanti. Setting semula azam tahun baru kita.

**semalam tiba-tiba terdetik dihati cik Tisu, malu & berdosa masa lalu di bahagian lelaki dalam stadium tu sebab tak pakai stokin. terbayang-bayang muka mama+abah. Berapa bnyk dosa cik Tisu buat mereka kena tanggung. Erm. adakah ini petanda cik Tisu bakal masuk fasa baru lagi? Doakan cik Tisu ya...

** cik Tisu terkejut dan sedih juga, sebab seorang ni komplin baju yang dia beli terlalu besar dan labuh. malu dengan diri sendiri. cik Tisu anggap ni peringatan untuk cik Tisu, makin dewasa harus lebih sedar, bukan sebaliknya. cantik hanya seketika, mati itu pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan