Hehehe...Pernah tak orang tercinta bawa pergi date kat masjid?
Hu. Selama sejarah cinta-cinta ni...Cik Tisu pun baru first time melalui date kat masjid. Reaksi cik Tisu, of course la terkejut. Dalam hati, kenapa ni? Saja nak menguji cik Tisu ke? Tapi pandang melalui sudut positiflah. Cik Tisu tak mahu melatah dulu, cukuplah dulu-dulu buat kesilapan, tak boleh kawal emosi tu kan...
Lama juga kami ada kat situ, cik Tisu rasa kat situ, tenangnya, damai...Seronok pun ada. Sesuatu yang baru bagi cik Tisu tapi sangat bermakna. Disamping seronok mengenali antara satu sama lain, jangan juga kita lupa pada-Nya ya.
Bersyukur cik Tisu diberi kesempatan mengenali dia. Sebab cik Tisu banyak dapat input-input yang baik. Subuh diawal waktu walaupun dihujung minggu, dah tak skip macam dulu-dulu. Kalau dah terlambat bangun tu, kena denda solat sunat sebelum / selepas solat wajib.
Bukanlah cik Tisu nak memuja dia melambung-lambung atau nak kata betapa bertuahnya cik Tisu sebab dapat dia. Cik Tisu akui, baru lagi mengenal dia tak tahu banyak lagi pasal dia. Namun, cik Tisu kagum perihal solat dia. Itu tiang agama, jika kita dapat kekalkannya, insya-Allah kita selamat. Soal masa depan 'kami', cik Tisu pun tak tahu tetapi tentulah berharap yang baik-baik. Tidak dapat cinta sehingga Jannah, semoga Allah pinjamkan dia pada cik Tisu sebagai pembimbing dalam masa cik Tisu membina iman.
Cik Tisu tengok En. Luke ni orangnya ada visi, perancangan. Bila tahun setup bisnes, membina keluarga. He is serious. Berterus-terang, kelakar pun. Pendek kata dia cover 4 personaliti yang ada tu dan pandai menggunakannya mengikut tempat. Sangat banyak ilmu yang cik Tisu kena serap dari dia ni, baru boleh menjadi Cik Hati Ceria pula kan? hehehe...
Hu. Jom kawan-kawan...kita berubah sama-sama. Lot of love 4 u...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan