Assalamualaikum n hello to everyone. Salam ceria pagi khamis.Hehehe...xabes lagi perasaan nak gelak ngan kisah masa on phone semalam...
Kisahnya begini,En. Luke call cik Tisu masa cik Tisu tengah dok format komputer. Cakap punya cakap sampailah format selesai. Then cik Tisu membelek-belek fail dalam partition D, mencari 'driver' laptop cik Tisu. Tak jumpa, jumpa. En. Luke kat sebelah sana pu agak diam(maklumlah dah lama kot borak, sampai kita dah tak ada isu lagi nak cerita), maka cik Tisu secara spontan la merungut. "Manalah driver ni? Adoi. Geram betul."
En. Luke terkejut, "Driver? Awak nak pergi mana? Buat apa? Awak nak saya pergi sana ke? Saya dah half-way balik rumah ni."
Cik Tisu nak gelak jer dengar dia tanya bertalu-talu. Hahaha. Mulalah akal mengusik cik Tisu kan. "Pergilah mana-mana. Awak tak nak teman saya. Biarlah saya cari driver lain."
En. Luke : "Awak nak pergi mana ni? Dengan siapa? Cakaplah betul-betul." (Haha...cuak ko...tapi buat-buat kool.)
Cik Tisu :"Tak tahu la awak, saya tak pilih lagi driver yang mana satu nak guna, ni tengah cari senarai nama driver pun tak jumpa-jumpa. Macam mana nak pergi?"
En.Luke : Tak sangka ya, awak ada driver sendiri. Erm... tak apalah. Awak pergi la. (ayat pasrah je) Tapi awak nak pergi mana? Beritahulah saya.
Cik Tisu tengah kawal gelak habis-habis dah masa ni. "Tulah, tak tahu lagi nak pergi mana awak, cari driver tak jumpa-jumpa ni. Geram tau. Nanti dah jumpa saya beritahu awak."
En Luke : "Awak nak keluar juga malam ni ke? Driver mana yang awak cari tu?"
Cik Tisu sungguh tak tahan nak gelak dah. Kesian pun ada. Maka, "Ni ha, saya cari driver laptop saya ni, tak jumpa-jumpa ntah kat mana menyorok."
En Luke : "Driver apa? Laptop? ..." Apalagi, cik Tisu bantai gelak kuat-kuat. Lama betul tak gelak sungguh-sungguh macam ni.
En. Luke dah termalu sendiri dah. Konon merajuk tak nak cakap dengan cik Tisu lagi dah. Hahaha...Dan begitulah kisahnya...Sampai hari ni kalau cik Tisu ungkit kisah semalam tu En. Luke masih dalam mode geram. Maka, haruslah cik Tisu berhati-hati. Nanti kena serang balik dengan En. Luke.
Erm...perisai apa yang cik Tisu harus guna ni? Any idea?
**Gurau senda dalam kehidupan seharian tu satu cara mengeratkan hubungan sesama kita okay. Simpanlah jenaka tu sebagai memori untuk mengubat hati kala luka.
Lots of Love...by cik Tisu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan